Menyusu badan. Pemakanan secara semulajadi & dengan ESP

Salam..
Berjumpa lagi di awang-awangan.. hehehhe..

Hari nie mira nak share pengalaman menyusukan anak dengan 2 cara pemakanan yang berbeza.
1) Makan makanan semulajadi 
2) Makan makanan semulajadi + Support by ESP Shaklee

Masa menyusukan anak pertama dulu mira memang go for natural way. Banyakkan makan ulam-ulaman dan sumber protein seperti ikan, telur, daging, ayam dan kekacang.

Ulam-ulaman 

Sumber PROTEIN utama


Macam ulam-ulaman, kekadang dapat, dan kadang-kadang susah sikit nak dapat sebab jarang keluar ke pasar kan. Jika duduk di rumah mak, di Melaka, pokok pegaga tu memang ade tanam so seminggu sekali memang gondol la pokok pegaga mak mira kerjakan.

Di Klang pula, urusan membeli barang-barang rumah nie memang bapa mertua yang uruskan. Boleh la kirim tapi segan pula kalau selalu sangat kan. Mira dan suami pergi mall pun bila suami ada di Malaysia dan kalau tak busy. Kalau pergi pun ke mall yang jarang ada ulam-ulaman segar.

Mira paling suka makan ikan waktu malam, sebabnyer confirm susu meriah waktu tengah-tengah malam. Bab-bab meratah lauk di malam hari nie memang kesukaan mira terutama kalau mak masak sambal ikan. Rindu pulak nak balik Melaka~~~That’s why salah satu tips mira dalam menyusu badan nie ialah makan makanan berunsurkan protein lebih sedikit pada waktu malam

Kenapa waktu malam ??? Sebab bila siang ni kekadang tak sempat nak mengepam dan nak kejar anak-anak, Tu jer.. hehehehhe..  Tapi ikut kajian hormon yang menghasilkan susu badan ni, Hormon Prolactin sangat aktif pada waktu malam dan awal pagi. Tu sebab ibu-ibu digalakkan mengepam susu di awal pagi.

So macam mira inform tadi, mira memang bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan utama sehari-hari. Mula-mula memang tak de masalah tapi bila mira mula mengandung anak kedua, masalah  mula timbul. .

Memang dapat rasa perubahan diri bila mengandung sebab mira memang akan kene morning sickness. Selera makan memang ke laut and susu badan mula drop. Masa Mira mengandung anak kedua, umur anak pertama mira genap setahun. 

Masa umur anak 1 tahun 2 bulan, doctor kanak-kanak dan gyne dah start advice bagi susu formula. Anak mira kurus jer sebab die memang cerewet makan. Nak bagi susu pun memang susah. Macam-macam sample susu doctor bagi dan last skali kami end up dengan berikan Pediasure. 

Tu pun bermula dengan yang perasa coklat then perlahan-lahan ganti dengan Vanilla. Menyusu badan hanya bila anak nak tidur siang dan malam sahaja. Mira memang kalau boleh tak nak stopkan menyusu badan sebab hak anak kan susu nie.

Bila kandungan mira masuk Minggu 34, dah mula rasa macam nak bersalin. Nak dijadikan cerita, mira salah tracking kandungan mira. Mira ingat dah cukup bulan so dengan gembira prepare barang-barang nak sambut baby and pergi hospital bila rasa dah smpai masa.

Sampai hospital, siap boleh jalan-jalan gi makan walaupun dah rasa baby macam nak keluar sangat sampai dapat call dari doctor suruh naik dan jumpe die tuk confirmkan akan deliver atau tak. Doctor pun sahkan dah ada bukaan 2 cm. Before pergi wad, doctor check rekod, and end up doctor bagi tau baru 34 minggu!!!

It is not safe for u to deliver now! 
Not good for baby! 
U have to at least wait until 35 or 36 weeks!! 

Doctor Madhulika dah start bising ngan mira coz she found out mira salah dalam pengiraan umur kandungan. Doctor terus pamggil suami dan confirmkan untuk hospitalized to prevent baby keluar awal.

Waktu kat hospital doctor datang and inform kolesterol tinggi !! Ni gara-gara tak de selera, tak tau nak masak ape and tiap-tiap hari dok gi beli nasi lemak dengan sambal paru / kerang. 

Masa ni la mira try ESP dan omega guard !!!
Beli sebenarnya untuk berpantang tapi belum deliver lagi dah try sebab risaukan kolesterol yg tinggi tu. Nie semua hasil pencarian dengan Mr Google. 






Bermula saat tu till now mira consume Omega Guard & ESP. Banyak tau perubahan yang mira rasai

Tak cepat lapar.
Mira minum awal pagi dan sebelum tidur

Susu badan rasa macam makin byk.
Anak mira yang sulung tu sejak mira keluar hospital till now asyik mintak susu badan. 

Lepas mira deliver, susu makin meriah and anak sulung dah TOLAK SUSU FORMULA. 2 tin terakhir yang mira purchase tu terbiar sebab anak reject terus susu formula tue. Sekarang BREAST Feed SEPENUHNYA dengan si adik.

Badan rasa bertenaga dan tak lesu kalau ambil ESP setiap pagi. 
Mira pernah skip satu pagi tu, terus badan rasa lesu n macam mengantuk je.. so lepas tu tak skip dah..

Kulit jadi lebih cantik
Dari mengandung anak pertama smpai no 2 nie, kaki mira sangat-sangat kering. Lapak kaki pun macam mengelupas. Kulit muka pun sama. Dulu siap letak madu kat muka sebab muka kering sangat. Sekarang alhamdulillah dah ok. 

Bukan nak cakap mira bergantung sepenuhnya kepada ESP tapi pengambilan ESP membantu dalam memastikan susu badan melimpah ruah. Mira masih amalkan pemakanan yang boleh memperbanyakan susu. Yang penting usaha kita sebagai ibu dalam memberi yang terbaik kepada anak-anak.

Mira dah share banyak bout Energizing Soy Protein aka ESP.
Jom kita tengok pula benefit Omega Guard ya!





Kepada yang nak mencuba resepi-resepi kerabu dan makanan berpantang, leh try click sini yer.

Hari nie mira share resepi Nasi Goreng Kerabu yer. Nie ciptaan sendiri lepas dengar-dengar mak angkat mira cerita ape ada dalam nasi kerabu tu masa study di Perak. Sepanjang order Nasi Goreng Kerabu ni mira tak pernah puas bile makan sebab rasa dia macam tak sampai so masak la sendiri..

Nasi Goreng Kerabu


Bahan Tumis
Bawang Putih
Bawang Merah
Ikan Bilis - Kalau tak berpantang boleh ganti dengan udang kering / belacan
Lada Hitam

Barang Hirisan
Serai – Hiris Halus
Daun Pegaga – Hiris Halus optional
Bunga Kantan – Hiris Halus
Kacang Panjang - Hiris Halus (Tak BOLEH makan utk berpantang)

Cara-cara :
1    1. Kisar atau tumbuk bahan kisar hingga agak-agak hancur dan tumiskan sehingga garing. Selalunya mira akan letak garam dan lada hitam siap-siap
      2. Masukkan Nasi Putih dan kacau rata. Akhir sekali masukkan hirisan serai, daun pegaga dan bunga kantan. .
     3.Tutup api dan kacau rata. Tutup api sebab tak nak la khasiat ulam-ulaman nie hilang sebab terlalu lama terdedah kepada haba.
4. Boleh juga ditambah Kelapa Parut yg disangai hingga garing. Masukkan kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar pun boleh. Mira lebih suka maintain macam resepi di atas. Kelapa Parut yang disangai dan kacang tanah tu mira masukkan bile buat kerabu sahaja untuk menambahkan lemak-lemak dalam ulam kerabu.

Resepi dah share..
Sharing bout pengalaman mira pun dah.

So siapa-siapa yang nak cuba ESP nie leh contact mira yer..
Sekarang stok ESP selalu kehabisan di HQ Shaklee.
Boleh whatsapp 012 531 9097.

Miera
Shaklee ID : 1255626
Whatsapp / Hp No : 012 531 9097













Comments

Popular posts from this blog

Susu Badan Melimpah Ruah..

Susu Ibu ketika berpuasa di Bulan Ramadhan

Salahuddin Al-Ayubbi, Hero umat Islam.